CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 30, 2009

Kuliah 2: 27 April 2009 (Dr Hjh Siti Fatimah Mohd Yassin)



Tujuan Kajian Tindakan

Secara umumnya terdapat dua tujuan kajian tindakan, iaitu;

1) Merancang -- Tindakan -- Pemerhatian -- Refleksi

~ langkah pelaksanaan kajian tindakan seperti ini adalah bagi menjalankan projek teras bertujuan untuk melaporkan hasil kajian kepada sesebuah organisasi/pihak pentadbiran.

2) Kajian Kepustakaan -- Pengumpulan Data -- Analisis Data -- Sumbangan Kepada
Bidang Pengetahuan


~ langkah pelaksanaan kajian tindakan seperti ini adalah bagi menjalankan
projek akademik dan penulisan artikel
ilmiah.

Walaubagaimanapun, kedua-dua reka bentuk tersebut saling berkait dalam pelaksanaan kajian tindakan oleh seseorang penyelidik atau guru.

Reka Bentuk Kajian Tindakan

Kajian tindakan melibatkan proses refleksi, merancang, tindakan dan pemerhatian yang berlaku secara berulang sehingga mencapai tahap penambahbaikan yang diinginkan oleh penyelidik atau dikategorikan sebagai berjaya mencapai matlamat atau objektif kajian.

Berikut adalah beberapa contoh model kajian tindakan oleh beberapa orang penyelidik:

1) Kemmis (1983)























2)
Coghlan & Brannick (2001)

















3)
MacIsaac (1995)



















4)
Lain-lain

Tugasan 1: Ulasan Buku Kajian Tindakan

Tajuk Buku : Action Research in Teaching and Learning; A Practical Guide to Conducting
Pedagogical Research in Universities
Editor : Lin S. Norton
Penerbit : Routledge Taylor & Francis Group
Tahun : 2009
Negeri : London and New York
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Konsep Kajian Tindakan

Suatu bentuk pertanyaan atau refleksi diri oleh penyelidik (pendidik) dalam situasi sosial (pengajaran dan pembelajaran) dalam usaha menambahbaik dan mempertingkat pemahaman dan rasionaliti terhadap amalan dan tingkah laku diri serta keadaan di mana amalan tersebut dijalankan.

Tujuan Kajian Tindakan

1. Untuk mengkaji amalan pengajaran dan pembelajaran seseorang individu (pendidik) secara sistematik dengan tujuan untuk mempertingkat amalan tersebut dan menyumbang kepada teori pengetahuan untuk kepentingan pembelajaran para pelajar.
2. Sebagai panduan dan latihan kepada para pendidik dalam menganalisis amalan mereka secara sistematik.
3. Sebagai satu pendekatan yang membolehkan para pendidik memahami proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik.
4. Satu cara atau kaedah yang mencabar kepercayaan, konsep dan teori pengajaran dan pembelajaran sedia ada dalam pendidikan.

Reka Bentuk Kajian Tindakan

a) Model
1. Pendekatan klasik
Merancang - Tindakan - Pemerhatian - Refleksi
2. Pendekatan Lewin's
Merancang - Tindakan - Hasil kajian
3. Pandangan penulis
Pemantauan - Merancang - Tindakan - Refleksi

b) Sampel
Pelajar universiti

c) 'Setting' Kajian
Universiti/peringkat tinggi pendidikan

Prosedur Kajian Tindakan

* Penulis menyatakan proses yang terlibat dalam kajian tindakan secara ringkasnya adalah:
Langkah 1: Kenal pasti masalah/ kesukaran/ isu
Langkah 2: Berfikir tentang cara untuk mengatasi masalah tersebut
Langkah 3: Lakukan kajian
Langkah 4: Penilaian hasil kajian
Langkah 5: Melakukan penambahbaikan

Pengumpulan dan Penganalisisan Data

a) Instrumen Kajian

b) Teknik Pengumpulan Data
1) Melalui kajian soal selidik
2) Temubual
3) Kaedah eksperimen
4) Pemerhatian

c) Teknik Penganalisisan Data
Kajian tindakan secara kualitatif:
1) Analisis tajuk-tajuk utama
2) Analisis isi kandungan
Kajian tindakan secara kuantitatif:
1) Analisis statistik untuk penghuraian data
2) Analisis statistik untuk membuat kesimpulan

Etika Kajian Tindakan
1) Kerelaan atau persetujuan untuk melibatkan diri dalam kajian tindakan tersebut.
2) Sulit dan terpelihara.
3) Perlindungan daripada sebarang bentuk kemungkinan yang mengancam keselamatan dan
nyawa.

Kebolehpercayaan dan Kesahan Kajian Tindakan

Penilaian Keseluruhan





Sunday, April 26, 2009

Kuliah 1: 20 April 2009 (Dr Hjh Siti Fatimah Mohd Yassin)

Pengenalan Kursus

Secara ringkasnya kursus ini memberi pendedahan tentang elemen-elemen yang penting dan harus dititikberatkan dalam pelaksanaan kajian tindakan oleh seseorang penyelidik atau guru terhadap permasalahan yang dikenalpasti hasil dari refleksi kendiri dan berusaha untuk merungkai penyelesaian terhadap permasalahan tersebut.

Pengenalan Kajian Tindakan


* Definisi Kajian dan Tindakan

- Kajian boleh ditakrifkan sebagai langkah-langkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisa data untuk mendapatkan dan meningkatkan kefahaman dalam sesuatu topik.

- Tindakan adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengumpul data, memantau apa yang dirancang terlaksana dan menilai sama ada apa yang dirancang dan dilaksanakan tercapai.


* Prinsip Asas Dalam Kajian

1. Mengemukakan soalan/masalah
2. Mengumpulkan data untuk menjawab soalan/masalah
3. Mengemukakan jawapan kepada soalan/masalah

* Proses Kajian

- Secara umumnya proses kajian melibatkan:
1. Mengenalpasti masalah
- mengenalpasti masalah yang ingin dikaji.
2. Melakukan kajian kepustakaan
- memastikan adakah kajian telah dilakukan berkenaan dengan masalah
tersebut.
3. Menentukan pendekatan kajian
- menentukan apakah jenis pendekatan yang ingin digunapakai untuk mengkaji
masalah tersebut.
4. Mengumpul dan menganalisis data
- mengumpul data-data berkaitan dan menganalisis semua data tersebut supaya
menjadi maklumat yang membawa kepada penyelesaian masalah.
5. Membincangkan dapatan dan implikasi kajian
- segala hasil/dapatan daripada kajian dibincangkan bagi mengenalpasti
kelebihan dan keburukannya untuk diaplikasikan dalam situasi atau kehidupan
sebenar.
6. Melaporkan hasil kajian
- setelah perbincangan dilakukan, laporan atau pembentangan hasil kajian
dilakukan sebelum diaplikasikan.

* Kepentingan Kajian Kepada Pendidik

- Antara kepentingan kajian adalah:
1. Bagi mendapatkan sumber maklumat penting dan menambahkan pengetahuan
dalam memahami amalan dan suasana pengajaran dan pembelajaran oleh guru
dan juga pelajar.
2. Sebagai langkah penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran untuk
dipraktikkan secara kreatif dan innovatif pada masa-masa akan datang.
3. Membentuk budaya dan membina kemahiran melakukan penyelidikan sebagai
asas dalam membuat perancangan untuk tindakan.
4. Melahirkan guru yang versatile dan holistik sebagai penyelidik yang kritikal,
kaya dengan idea baru dan berupaya membuat penilaian terhadap aktiviti
kurikulum dan kokurikulum.
5. Persediaan dari aspek pengetahuan dan hasil kajian dalam menghadapi konflik
atau perdebatan berkenaan sesuatu polisi yang mungkin timbul dalam bidang
pendidikan.

* Konsep Kajian Tindakan

- Kajian tindakan merupakan suatu kajian yang dilakukan oleh seseorang
penyelidik atau guru terhadap tingkah laku diri sendiri setelah melalui proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bertujuan untuk membaiki dan
meningkatkan kualiti amalan masing-masing,
atau
- kajian berdasarkan refleksi kendiri terhadap amalan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran untuk penambahbaikan pada masa-masa akan datang.

* Jenis-jenis Kajian Tindakan

1. Secara Individu
- kajian yang berfokus kepada satu isu dalam sesebuah bilik darjah.
2. Secara Kolaboratif
~ melibatkan lebih daripada 2 orang penyelidik sama ada;
a) sama bidang,
b) berlainan subjek, atau
c) antara guru dengan pihak luar seperti pensyarah universiti
- kajian berfokus kepada satu isu dalam sesebuah bilik darjah atau satu isu yang
sama dalam bilik darjah yang berlainan.
3. Peringkat Sekolah (Organisasi)
- kajian berfokus kepada satu isu yang sama di peringkat sekolah.
4. Peringkat Daerah
- kajian berfokus kepada satu isu yang sama di beberapa buah sekolah di
peringkat daerah.

* Contoh Kajian Tindakan

1) Didapati pelajar tidak memperolehi pencapaian yang baik dalam mata pelajaran
Matematik sekolah rendah (mengenalpasti masalah).
2) Penyelidik seterusnya mencari dan mengumpulkan data berkaitan masalah
pembelajaran yang dihadapi melalui temu bual ringkas, soal selidik, ujian dan
sebagainya terhadap pelajar atau guru-guru yang mengajar mata pelajaran
Matematik (pengumpulan data).
3) Setelah dikenalpasti, masalah tersebut berpunca akibat pelajar lemah dalam
kemahiran sifir. Justeru, penyelidik merancang bentuk tindakan yang akan
diambil dan objektif yang ingin dicapai dalam kajian yang akan dijalankan seperti
melahirkan pelajar yang cerdik sifir dan membentuk budaya sifir di kalangan
pelajar dengan melaksanakan aktiviti membaca sifir pada setiap hari sebelum sesi
pengajaran dan pembelajaran kelas pertama dimulakan (perancangan).
4) Setelah meneliti kewajaran pelaksanaan tindakan tersebut dan memperoleh
persetujuan dari pihak pentadbiran, penyelidik mengambil tindakan seperti yang
telah dirancang iaitu pelaksanaan bacaan sifir yang dikendalikan oleh guru-guru
yang mengajar bagi kelas pertama di awal pagi (tindakan).
5) Dalam pada masa yang sama, penyelidik membuat pemerhatian untuk
memastikan guru-guru yang terlibat bekerjasama sepenuhnya untuk
melaksanakan perancangan tersebut dan objektif tercapai (pemerhatian).
6) Setelah tamat tempoh rancangan tindakan, penyelidik membuat refleksi dan
penilaian kembali terhadap hasil yang diperoleh melalui perancangan tersebut
sama ada objektif awal tindakan tercapai atau tidak (refleksi).
7) Sekiranya berjaya, iaitu terdapat peningkatan terhadap pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran Matematik, maka masalah pembelajaran telah berjaya diselesaikan
dan usaha yang sama boleh diteruskan untuk masa-masa yang akan datang. Tetapi
jika sebaliknya, penyelidik akan menilai dan meneliti kembali bentuk tindakan
yang telah dilaksanakan. Aspek kekuatan atau kelemahan tindakan tersebut turut
dikenalpasti agar penambahbaikan dapat dilakukan. Contohnya, kemungkinan
sebahagian pelajar tidak serius dan kurang berminat untuk menghafal sifir. Jadi,
penyelidik boleh menambahbaik bentuk tindakan sedia ada dengan melaksanakan
konsep peneguhan atau hukuman terhadap pelajar.