CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 2, 2009

Aktiviti 1 & Aktiviti 2

Aktiviti 1: Refleksi Kendiri Program Bina Insan Guru 2
Masalah kendiri yang dikenalpasti:
1) Pengurusan masa yang masih tidak teratur.
2) Kurang yakin atau malu untuk bercakap di hadapan orang ramai (kemahiran komunikasi
yang masih lemah).
3) Rasa rendah diri apabila berada dalam kumpulan perbincangan.
Penambahbaikan yang akan dilakukan:
1) Lebih peka dan menguruskan masa dengan lebih teratur.
2) Lebih kerap melibatkan diri dengan aktiviti sosial (bercampur dengan orang lain).
3) Mempertingkat dan menambahkan pengetahuan sedia ada supaya lebih yakin dalam
memberi pandangan dan pendapat dalam suatu kumpulan perbincangan.
Rancangan pelan tindakan untuk penambahbaikan:
Matlamat
Menjadi seorang insan yang peka dan bijak menguruskan masa, berkeyakinan tinggi dalam
berkomunikasi dan berpengetahuan serta bersedia melibatkan diri dalam sesebuah
organisasi atau kumpulan perbincangan.
Objektif
1) Dapat mendisiplinkan diri dalam menguruskan masa.
2) Membentuk keyakinan diri dalam berkomunikasi dan bersosial.
3) Membentuk diri menjadi seorang yang berpengetahuan dan sedia memberi pendapat atau
idea dalam aktiviti perbincangan kumpulan.
Pelan Tindakan:
a) Langkah yang akan diambil:
1) Menyusun aktiviti harian dengan lebih teratur dan mendisiplinkan diri agar mendahului
masa daripada yang asal (contoh: sentiasa awal 15 minit daripada waktu yang sebenar).
2) Berusaha untuk mengatasi rasa malu dan membiasakan diri bersosial dengan rakan-
rakan sama ada ketika sesi pembelajaran (kuliah), bersukan, atau aktiviti luar.
3) Memperbanyakkan membaca sumber-sumber ilmu sama ada ilmiah atau umum
sebagai persediaan minda dan lebih kerap menonjolkan diri apabila berada dalam satu-
satu kumpulan.
b) Strategi pengumpulan data:
1) Bertanyakan pandangan rakan-rakan melalui soal selidik dengan mengedarkan soalan
berkaitan diri saya sama ada kekuatan atau kelemahan bagi menambahbaik
tingkahlaku sedia ada.
2) Setelah melakukan sesuatu aktiviti, saya akan bertanya tentang kewajaran atau
kelemahan bagi setiap tindakan yang diambil terhadap rakan-rakan, pensyarah atau
orang lain.
3) Menguji pengetahuan sedia ada dengan melakukan perbincangan tidak rasmi dalam
kumpulan atau rakan-rakan agar dapat mengenalpasti pengetahuan yang masih belum
dikuasai atau yang telah dikuasai.
c) Langkah pemantauan:
1) Memastikan jam diubahsuai agar waktu yang tertera awal 15 minit daripada waktu yang
asal dan mendisiplinkan diri menurut/ melaksanakan apa yang telah dirancang supaya minda
terbiasa dengan suasana tersebut dan seterusnya menjadi amalan pada setiap hari.
2) Kerap bertanya pendapat daripada rakan-rakan dan meminta bantuan mereka agar sentiasa
mengingatkan saya untuk mengubah tingkah laku untuk mencapai matlamat dan objektif
yang dirancang.
3) Memastikan setiap hari saya akan memperuntukkan masa untuk membaca bahan-bahan
ilmu daripada pelbagai sumber.
d) Cara menilai untuk memastikan pencapaian perancangan/ pelaksanaan:
1) Menilai adakah saya tidak lagi lewat atau terburu-buru dalam menyiapkan tugasan (tidak
melengah-lengahkan masa).
2) Bertanya kepada rakan-rakan adakah mereka melihat perubahan pada diri saya atau tidak
supaya dapat membuat penambahbaikan.
3) Menerangkan kembali apakah pengetahuan yang telah diperolehi kepada rakan-rakan agar
dapat menguji diri saya dalam penguasaan suatu ilmu pengetahuan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aktiviti 2: Refleksi Kursus Kaedah Mengajar
Pembentukan kumpulan perbincangan:
Ketua : Nadiah binti Yusof (P 48681)
Pencatat : Normahidayu binti Mohd Nordin (P 48642)
Pembentang : Siti Khadijah binti Rafli (P 48691)
Tajuk : Mitosis (Biologi)
Masalah dalam pengajaran dan pembelajaran:
1) Pelajar sukar untuk menggambarkan setiap proses atau perubahan yang berlaku dalam
setiap peringkat mitosis.
2) Pelajar masih keliru atau sukar untuk membezakan istilah-istilah yang digunakan dalam
setiap peringkat mitosis seperti kromatin, kromatid atau kromosom.
3) Pelajar sukar untuk mengingat susunan p
eringkat-peringkat dalam mitosis.
Cadangan strategi/ kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah:
1) Guru boleh mengubah kaedah pengajaran dari bentuk kuliah kepada bentuk lakonan supaya
pelajar dapat sama-sama melibatkan diri dan menggambarkan keadaan sebenar dalam setiap
peringkat proses mitosis. Contohnya, perpisahan pasangan kromosom yang bergerak ke arah
kutub yang bertentangan.
2) Kaedah pembelajaran kooperatif (jigsaw) boleh diaplikasikan untuk mengatasi kesukaran
pelajar untuk membezakan istilah-istilah dalam mitosis. Melalui kaedah ini, pelajar
dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada tiga orang pelajar. Setiap ahli
kumpulan akan menerima tugasan yang berbeza, sebagai contoh seorang pelajar akan
mencari maklumat tentang istilah kromatin, seorang lagi tentang istilah kromatid dan
seterusnya. Kemudian pelajar yang menerima tugasan tentang kromatin akan berkumpul
dengan ahli kumpulan lain yang membincangkan perkara yang sama. Setelah perbincangan
dilakukan, pelajar bagi setiap kumpulan akan kembali kepada kumpulan asal dan
menerangkan hasil dapatan daripada perbincangan tersebut. Begitu juga bagi pelajar-pelajar
untuk tugasan yang lain. Oleh itu setiap ahli kumpulan bertanggungjawab ke atas setiap
tugasan yang diberi kerana penjelasan atau penerangan yang salah kepada ahli kumpulan
sendiri akan menggagalkan sesebuah kumpulan itu.
3) Kekeliruan pelajar dalam menyusun peringkat-peringkat dalam mitosis dapat diatasi dengan
menggunakan kaedah 'mneumonik'. Sebagai contoh, peringkat-peringkat yang terlibat dalam
mitosis adalah 'Interfasa', 'Profasa', 'Metafasa', 'Anafasa' dan 'Telofasa'. Pelajar mungkin keliru
kerana sebutan akhir setiap peringkat agak serupa. Dalam kaedah 'mnemonik', pelajar hanya
perlu mengambil huruf pertama bagi setiap peringat iaitu 'I', 'P', 'M', 'A' dan 'T'. Seterusnya
huruf-huruf ini boleh dibentuk menjadi ayat seperti 'I Pak MAT'.

0 comments: