CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 12, 2009

Kuliah 4: 11 Mei 2009 (Dr Hjh Siti Fatimah Mohd Yassin)

Kajian Kepustakaan / Tinjauan Literatur

Dalam kajian tindakan, kesan yang diperoleh pada peringkat awal tidak semestinya berjaya, oleh itu kajian akan dilakukan berulang kali sehingga mencapai objektif yang dirancang. Pencapaian objektif kajian bergantung kepada keberkesanan kaedah yang digunakan.

Keberkesanan sesuatu kaedah dapat ditentukan melalui kajian eksperimental, dimana melibatkan individu berlainan daripada penyelidik yang melaksanakan kajian tindakan tersebut untuk mengelakkan terjadinya 'bias'.

Jika diperhatikan, terdapat perkaitan antara kedua-dua bentuk kajian tetapi berbeza dari aspek pelaksanaan;

Kajian tindakan ~ merupakan kajian berbentuk kualitatif
~ dilakukan sendiri oleh penyelidik
~ melakukan penambahbaikan sehingga mencapai objektif kajian
~ tiada hipotesis dan eksperimen dijalankan
~ melibatkan masa yang panjang
~ boleh digunakan oleh penyelidik atau orang lain sebagai rujukan

Kajian eksperimantal ~ kajian berbentuk kuantitatif
~ dilakukan oleh orang lain, bukan penyelidik itu sendiri
~ tiada penambahbaikan dilakukan
~ ada hipotesis dan melibatkan eksperimen
~ masa yang singkat
~ menentukan keberkesanan sesuatu kaedah yang digunakan
dalam kajian


contoh; masalah 'mat rempit' dikalangan pelajar

* kenal pasti masalah =
1. pelajar rasa bosan dengan pembelajaran
dalam kelas.
2. mencari sesuatu yang lebih menarik dan
menghiburkan seperti merempit.

* penyelesaian =

1. ubah kaedah P & P agar lebih menarik perhatian
pelajar.
2. mendidik pelajar dengan membawa mereka ke
hospital dan menunjukkan contoh akibat merempit,
jadi pelajar takut untuk merempit kerana telah
melihat kesan akibat daripada aktiviti seumpama
itu.

Selain itu, pelaksanaan kajian tinjauan oleh beberapa penyelidik bertujuan untuk menganalisis keperluan sebelum membuat intervensi. Sebagai contoh, penyelidik mengenal pasti keperluan atau tahap pemahaman pelajar sebelum sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Oleh itu, pelajar tidak akan merasa bosan mengikuti sesi tersebut.

Model Johnson (1995)

Model ini menyatakan bentuk kitaran proses kajian;


1. Merumus masalah, membuat persoalan dan budaya yang diminati untuk dikaji.
2. Merancang pengumpulan data.
3. Mengumpul dan menganalisis data.
4. Membentuk plan tindakan.
5. Berkongsi pendapat dan plan tindakan.
6. Kajian kepustakaan.

Kajian Kepustakaan

= sorotan ke atas bahan-bahan literatur (buku, jurnal, laporan, seminar, artikel) yang dilakukan secara kritikal dan menyeluruh ke atas poin-poin penting.

Terdapat beberapa kaedah yang dititikberatkan dalam kajian kepustakaan, antaranya;

A) Membandingkan dan Membezakan

* mencari persamaan dan perbezaan dari aspek ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.

* kemahiran ini digunakan apabila:
1. terdapat dua atau lebih ciri / kemungkinan
2. hendak membuat pilihan atau keputusan

B) Menganalisis

* pengolahan maklumat melalui penghuraian maklumat tersebut kepada beberapa bahagian yang lebih kecil untuk memahami konsep atau peristiwa serta merungkai makna tersirat di dalamnya.

* kemahiran ini penting dalam usaha untuk mengenali setiap bahagian maklumat, memahami perkaitan antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.

* merupakan suatu kemahiran yang kompleks yang menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

C) Menilai

* kemahiran membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segala kebaikan atau kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.

* digunakan semasa membuat keputusan untuk memilih sesuatu dan menerima atau menolak sesuatu idea.

D) Membuat kesimpulan

* kemahiran dalam membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau untuk mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan kajian atau penyiasatan.

* kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong pernyataan.

E) Mensintesis

* kemahiran yang melibatkan penghasilan gambaran menyeluruh dalam bentuk pernyataan esei, lukisan dan artifak melalui gabungan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan.

0 comments: