CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 10, 2009

Aktiviti 3

8 sebab penentangan (SP) terhadap perubahan dan cara penyelesaiannya (CP):

1. Fikiran kolot akibat kongkongan adat dan budaya. (SP)
- Beri kesedaran dan beri pendedahan terhadap perkembangan teknologi terkini dan isu-isu
semasa yang memerlukan perubahan dilakukan.
(CP)

2. Takut dan tidak bersedia untuk berubah. (SP)
- Beri bimbingan dan keyakinan untuk menerima perubahan terhadap sesuatu perkara
dalam usaha menambahbaik diri dan juga organisasi.
(CP)

3. Perubahan yang tidak bersesuaian dengan kehendak dan cara hidup. (SP)
- Selidik semula dan membuat pengubahsuaian terhadap perubahan yang dirancang agar
dapat diterima ramai berdasarkan ciri-ciri yang berpadanan dengan kehendak dan cara
hidup mereka.
(CP)

4. Terikat dengan keputusan dari pihak atasan (cth: ketua komuniti/adat). (SP)
- Memberi kesedaran dan meyakinkan pihak atasan sesebuah komuniti atas perubahan yang ingin dilaksanakan agar menjadi pemula dan menjadi ikutan komuniti masyarakat bawahan. (CP)

5. Berfikiran sempit dan timbul rasa ketidakpastian terhadap perubahan. (SP)
- Memberi penjelasan tentang kebaikan dan rasionaliti perubahan yang dirancang dan menunjukkan contoh kejayaan lepas selepas sesuatu perubahan dilaksanakan. (CP)

6. Kemungkinan kedudukan atau kepentingan individu tertentu akan tergugat akibat perubahan (dalam sesebuah organisasi). (SP)
- Tidak meminggirkan kepentingan individu tertentu yang pernah memegang kedudukan penting dalam sesebuah organisasi, sebaliknya memberi ruang dan peluang kepadanya untuk terus menyumbangkan pendapat atau teguran agar rasa dihargai walaupun telah berlakunya perubahan. (CP)

7. Perubahan mengambil tempoh masa yang panjang dan mengganggu kelancaran sesuatu tugasan. (SP)
- Menambahbaik perubahan yang dirancang agar dilaksanakan secara konsisten dan efisien dalam masa yang singkat dan memberi kepuasan kepada semua pihak. (CP)

8. Terlalu selesa dengan keadaan sedia ada yang telah menjadi tabiat dan amalan harian. (SP)
- Memotivasikan mereka agar bersedia menerima perubahan yang dirancang untuk penambahbaikan cara hidup dan organisasi. (CP)

0 comments: